Foto Instagram Nabila Huda.

KUALA LUMPUR – Aktres Nabila Huda berkongsi kisah sedih apabila impiannya mahu memiliki cahaya mata belum termakbul apabila keguguran buat kali kedua.

Anak kepada rocker terkenal, Amy Search itu memberitahu, dia keguguran buat kali kedua apabila usia kandungan baru beberapa minggu.

“Saya kena kuat dan akur dengan ujian ini. Saya keguguran buat kali kedua. Saya memang ‘down’ ketika berlaku pendarahan.

“Saya bangkit semula supaya tidak larut dengan kesedihan yang mendalam,” kata Nabila.

Isteri kepada Mohd Izwan Johar itu berkata, keinginan memiliki cahaya mata kedua cukup menebal dalam diri.

“Saya memang nak tambah cahaya mata, keinginan ada bayi kecil begitu membara. Saya teruja mendapat tahu hamil selepas buat ujian dan disahkan doktor.

“Dalam masa sama, saya trauma dan paranoid jika insiden lama berulang. Nyata, apa yang ditakuti terjadi juga.

“Saya percaya, belum rezeki untuk kami menimang cahaya mata. Jujurnya, saya kasihan dengan suami. Agak lama menunggu memiliki anak sendiri. Mahu atau tidak, saya kena ‘move on’,” katanya sambil menitiskan air mata.

Nabila dan Izwan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.