full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR- Tugas utama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekarang adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha membendung penularan semula pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi rakyat.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, parti itu percaya sebagai anggota kerajaan yang bertanggung jawab, semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima dan hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, etnik, agama, budaya dan adat resam di negeri tersebut.

Selain itu, parti itu juga katanya, sangat berbesar hati dengan sikap terbuka Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) yang sudi melantik Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Anak jati negeri di bawah bayu yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah itu, menurut Takiyuddin mampu menyumbang tenaga dan idea mewakili Perikatan Nasional dan kerajaan negeri Sabah.- MalaysiaGazette