KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) syarikat pemaju hartanah yang bakal menyambut Jubli Emas pada 2021 melancarkan ‘Pertandingan Mencipta Logo Ulang Tahun UDA ke-50’

Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi UDA berkata, pertandingan mencipta logo ini membuka tirai sambutan ulang tahun UDA.

”Selama hampir separuh abad UDA menggalas peranan dan tanggungjawab untuk memaju dan melaksanakan projek-projek pembangunan bandar.

“Kini UDA setanding dengan syarikat-syarikat pemaju hartanah yang diiktiraf di Malaysia. Ini semua adalah hasil sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap usaha dan kerja
keras yang digalas oleh UDA,” kata beliau.

Penyertaan pertandingan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurutnya, penyertaan mula dibuka pada 10 Oktober 2020 dan ditutup pada 31 Oktober 2020.

Hadiah keseluruhan berupa wang tunai berjumlah RM25,000 dan pemenang hadiah utama bakal menerima wang tunai bernilai RM10,000.00, manakala tempat kedua dan ketiga bakal menerima wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Seramai 7 pemenang hadiah saguhati pula bakal menerima RM1,000 setiap seorang.

UDA turut menggalakkan penyertaan daripada pelajar universiti khususnya para pelajar dari bidang seni dan rekaan grafik

Pemenang bakal diumumkan pada bulan November 2020.

Katanya, individu yang berminat boleh melayari laman sesawang rasmi UDA (http://uda.com.my/) atau platform media sosial rasmi UDA seperti Facebook (facebook.com/UDAHoldings) dan Instagram (uda_official) untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette