Zohrah Razak.

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 benar-benar memberi impak baik secara mental mahu pun fizikal apatah lagi ia turut terkait dengan ekonomi termasuk menyusutkan kantung dapur yang menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan dan mula mencari pendapatan sampingan.

Menyedari hal itu, syarikat pengedar ubatan, Farmasia Sdn. Bhd. terpanggil untuk membantu mereka yang terkesan untuk memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baharu.

Pengarah Urusannya Zohrah Razak, selepas bergelar syarikat pengeluar produk sabun badan, pihaknya mahu berkongsi kepakaran kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga syarikat itu.

“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian produk jenama XORRA.

“Malah pada ulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat saya sejak 2009 lagi menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan atau utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan,” tanya ketika pelancaran produk Xorra di sini, baru-baru ini.

Xorra Body Wash Care didatangkan dalam tiga haruman iaitu Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring di mana haruman yang berbeza dan tahan lama.

Cik Manggis dah Zohrah Razak (kanan).

Menurut Zohrah, pihaknya yakin Xorra Body Wash mampu menguasai pasaran selepas melihat industri kecantikan berkembang pesat sekaligus  memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya.

“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,”

“Kami menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita kemudian hari.

“Secara tak langsung, kami ingin mendidik masyarakat peri pentingnya menggunakan produk yang bebas bahan kimia.

“Selama ini orang kita hanya fikir atau mengelak daripada makanan yang banyak bahan terlarang tetapi kadang-kadang mereka lupa terhadap penjagaan diri seperti kulit yang sering terdedah kepada bahan kimia. Kalau mandi dua kali sehari, itu bermakna dua kali juga kita terdedah kepada risiko jika menggunakan bahan mandian berasaskan bahan kimia,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Farmasia turut memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu selebriti Cik Manggis. – MalaysiaGazette