Gambar hiasan

Saudara Pengarang

Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun 2020 pada 10 Oktober ini adalah ’Let’s TALK Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.

Dengan ketidaksediaan dan keadaan terpaksa menghadapi PKPB sekali lagi ramai yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi.

Persekitaran tempat kerja hari ini memerlukan tenaga kerja yang sedia melibatkan diri, inovatif dan berdaya tahan

Banyak organisasi telah mula memperjuangkan kesejahteraan mental tempat kerja sebagai keutamaan kepimpinan, untuk mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti yang datang dengan pelaburan dalam kesihatan mental.

Mengambil pendekatan proaktif dan pencegahan, para pemimpin boleh membuka jalan dengan mewujudkan budaya tempat kerja di organisasi mereka, di mana pekerja merasa disokong dan selamat untuk mereka meminta pertolongan dan bantuan kesihatan mental apabila diperlukan.

Memastikan keputusan jangka panjang juga memerlukan komitmen dari semua jabatan dan tahap pengurusan.

Sebagai contoh, ketua jabatan harus dilatih dan tahu bagaimana untuk berbincang tentang kesihatan mental, untuk mengenali tanda-tanda dan gejala kesihatan mental yang tidak baik dan bagaimana untuk bertindak balas dengan sewajarnya dan memberikan sokongan yang mencukupi.

Organisasi harus melaksanakan pelbagai saluran komunikasi dan program yang menumpukan kepada penurunan stigma dan mendidik pekerja tentang sumber yang ada untuk menyokong kesihatan mental di tempat kerja

Selalunya, tanggapan atau stereotaip dan kebimbangan timbul kerana kurang memahami keadaan kesihatan mental.

Mempupuk kesedaran yang lebih tinggi adalah langkah utama untuk mengatasi stigma yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental di tempat kerja.

Sebagai permulaan, membangunkan dan mengamalkan kod etika yang ketat dan tegas; yang memastikan bahawa diskriminasi (termasuk status kesihatan mental) tidak boleh diterima. Ini perlu disampaikan kepada semua pekerja.

Lebih penting lagi, kod tatalaku harus memacu semua program dan dasar dari masa calon ditawarkan pekerjaan.

Sebagai contoh, pastikan pemohon kerja dinilai dengan adil berdasarkan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas tersebut (misalnya kompetensi, kemahiran, pengalaman yang relevan, dan lain-lain), dan menghapuskan keperluan bagi calon untuk mengisytiharkan keadaan kesihatan mental mereka melainkan jika ada pekerjaan keperluan berkaitan.

Pekerja perlu merasa yakin bahawa mereka akan dilayan dengan adil tanpa akibat dan kesan  negatif jika mereka mendedahkan keadaan kesihatan mental di tempat kerja.

Majikan harus berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan keselamatan psikologi, dan yang membolehkan pekerja berkembang maju tanpa takut diskriminasi.

Memastikan tugas-tugas rutin secara automatik, di mana mungkin, sehingga keupayaan pekerja difokuskan untuk membangun kemahiran yang berharga seperti penyelesaian masalah dan kreativiti, yang akan membuat mereka melibatkan diri dalam jangka panjang.

Kebanyakan pekerja lebih suka kerja yang bermakna dan penuh semangat dan bukannya tugasan rutin yang berulang, yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.

Majikan boleh memberi pengalaman yang bermakna dengan hala tuju pekerjaan dengan melayani pekerja secara adil dan menyediakan autonomi dan sumber.

Bagaimana, bila dan di mana organisasi mewujudkan persekitaran kitaran kerja yang fleksibil membolehkan pekerja untuk menguruskan kerja mereka dengan lebih baik dan penuh komitmen;  dapat melakukan kerja dengan  lebih baik pada tahap dan dalam persekitaran di mana mereka boleh menjadi yang paling produktif.

Sama seperti mana organisasi berusaha untuk memastikan pekerja mereka adalah secara fizikalnya sihat, kesihatan mental juga merupakan aspek penting untuk mengekalkan pekerja bermotivasi dan produktif.

Majikan yang berusaha memulakan langkah tulen untuk menjaga  kesihatan mental pekerja mereka, diajangka  dapat meraih faedah dalam produktiviti dan kadar ketidakhadiran yang lebih baik.

Ini akhirnya mewujudkan tempat kerja yang positif di mana orang mahu bekerja.

Azizi Ahmad, pembaca setia