Siapa yang tidak pernah pergi ke Moscow beranggapan ia kota mundur begitu juga dengan Anwar mungkin ia permata bila digilap.- Gambar hiasan.

SESEKALI aku terfikir hal Datuk Seri Anwar Ibrahim ini seperti mula-mula aku diminta mengiringi my boss ke Rusia pada tahun 2005 dulu.

Bila saja dapat assignment, minda mula terfikir, ahh Rusia. Negara komunis, mundur, susah nak makan, hotel penginapan tak selesa, jalan raya teruk dan macam-macam dalam  tanggapanku.

Aku buat tanggapan itu selepas aku serik dengan pengalaman ketika ke Cote de’Ivore, Afrika Barat empat bulan sebelum itu.

Namun, aku gagahi juga jumpa my boss. Aku beritahu, “Bos, boleh tak kalau saya tak turut (ikut) kali ini”.

Pendek saja my boss bersuara (menjawab), “Nope… you have to follow”.

Arrghh!… Mengerutu jiwa aku dibuatnya.

Dipendekkan cerita, aku pun ikutlah rombongan my boss ke Rusia. Negara komunis itu.

Sampai di Domodedovo International Airport, Moscow, kami terus dibawa ke hotel (walaupun proses pemeriksaan mengambil masa agak lama di airport itu kerana terdapat sedikit salah faham di kalangan ahli rombongan dengan pihak berkuasa airport.

Ada yang meletakkan perkataan agent di ruangan “pekerjaan” dalam pasport mereka,  yang mungkin menggambarkan mereka adalah “ejen perisik”. (Mungkin).

Dalam perjalanan ke hotel, saya dapati tanggapan terhadap ‘kemunduran’ Moscow jauh tersasar sama sekali.

Jalan rayanya besar, bersih dan teratur (walaupun sibuk), kereta-kereta yang dipandu rakyatnya jenis mewah dan hebat (sukar nak cari kereta Toyota buruk), beratus-ratus remajanya menunggang motosikal berkuasa tinggi (tak nampak pun yang tunggang motor kapcai Jepun) manakala rumah dan bangunannya nampak bersih, teratur serta hebat sekali.

Sampai di hotel, aku terpegun dengan seni bina yang begitu menawan, taman bunga yang indah. Terlalu jauh dan meleset dengan tanggapan awal aku mengenai negara komunis sebelumnya.

Selepas selesai mendaftar masuk ke hotel, kami dibawa ke bilik masing-masing. Waduh! bilik aku… semerbak harum, besar, cantik dan moden sekali, menggalahkan bilik suite hotel antarabangsa di Kuala Lumpur, walaupun ia sekadar standard room.

Empat hari kami di sana. Sempat jugalah meninjau kehidupan kota Moscow, walaupun tidak kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit seperi New York tetapi gedung perniagaannya begitu besar dan hebat, jalan raya empat lorong sebelah merentasi barisan kedai, taman yang bersih tempat mereka beriadah. Tidak ketinggalan masjid dan kedai makan Islam pun ada (masakan mamak dan tomyam).

Kereta api bawah tanahnya pun hebat. Empat tingkat bawah tanah dengan setiap lima minit kereta api berhenti di setiap stesen. Semuanya teratur. Tidak kedengaran pun ada kemalangan berlaku.

Aku difahamkan semua bangunan, kereta api, jalan raya, bangunan pejabat kerajaan, taman dan sebagainya telah dirancang bina.

Rujuk sejarahnya, The early 12th century saw Kievan Rus disintegrate into many separate principalities. During this period, Prince Yury Dolgoruky of Rostov and Suzdal (1090–1157) began to build new towns and communities.

Masa mereka membina kereta api bawah tanah sekitar 1830-an, rakyat kita pada waktu itu masih menaiki gajah dan berkaki ayam.

(Nota: Pembinaan terowong kereta api bawah tanah asalnya dibina untuk mengelak rakyatnya kesejukan di musim sejuk dan menjadi tempat persembunyian/berlindung ketika perang dunia dari serangan askar Nazi Jerman).

Satu lagi, rakyat Rusia khusus para wanitanya comel-comel belaka. Tinggi lampai, slim dan bermata biru tetapi agak sombong walaupun diucap dobrory oyo (selamat pagi) kepada mereka. Usahkan menjawab, pandang pun tidak.

Selepas Moscow, kami ke bandar raya peranginan di pinggir Baltic Sea, St. Peterborough untuk lima hari. Susah hendak digambarkan. Semuanya indah dan menawan.

Begitulah Moscow dan St. Peters, khususnya Rusia dan negara-negara blok komunis keseluruhannya yang digemburkan sejak kita di zaman kolonial lagi sebagai negara di bawah regim komunis yang miskin dan jauh ketinggalan dari segala aspek.

Rupa-rupanya tidak kertelaluan jika dikatakan ia dua kali ganda lebih baik dari kota raya London!

Begitu berjaya para pemerintah blok demokrat (sejak zaman penjajah dan lepas negara kita merdeka).

Minda kita diasak dengan pelbagai tohmahan mengenai negara blok komunis, sebagaimana yang terjadi sehingga kita anggap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebegitu rupa.

Anwar sebenarnya batu gemala yang terbenam dalam lumpur. Tidak bersinar seperti intan dan berlian kerana tidak diberi peluang untuk diambil, dicuci dan digilap.

Berbanding pula dengan segelintir pemimpin, walaupun dihadapkan ke mahkamah tetapi bagi “penyeluk pekasam”, tetap mengagung-agungkannya sebagai bossku. – MalaysiaGazette

Nordin Ahmad

 

Penulis, Nordin Ahmad adalah pemerhati politik.

1 Komen

  1. Tipu lah. Anwar ni cukup terkenal semenjak jd aktivis pelajar dahulu lagi. Malahan satu dunia kenal beliau. Beliau ada cukup peluang untuk jd batu yg bersinar tp siapa yang terjun dalam lumpur balik? Beliau sendiri yg nak jd batu dlm lumpur.
    Maaf, saya antara rakyat Malaysia yang tak berkenan dengan peribadi beliau dan tak rasa beliau layak jd PM.

Comments are closed.