Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui pintu 2 di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 13 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Hari ini 13 Oktober 2020 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar baru-baru ini mengesahkan beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook, Presiden PKR itu memuatnaik status “Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini.”

Turut mengiringi hantaran tersebut gambar Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pihak media telah berkumpul di hadapan Istana Negara sejak awal pagi tadi dan Anwar tiba untuk mengadap kira-kira pukul 10.25 pagi.

Beliau menaiki kereta Jaguar dan diiringi sebuah kenderaan jenis Wolkswagon SUV berwarna hitam.

Anwar dalam sidang media 23 September lalu mendakwa beliau mempunyai sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama wakil-wakil rakyat yang telah memberikan sokongan kepadanya. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. DIBENARKN MP MELOMPAT PARTI (SPESIS KATAK)..
    APAKAH SENARIO INI MEMBAWA KPD
    ” KECELAKAAN , MUSIBAH , KEBAHAGIAAN , ATAU MBAWA PENGERTIAN SATU METAGOGI BAHAWA NAJISNYA POLITIK DI MALAYSIA INI….

Comments are closed.