Datuk Huzir Mohamed. foto SYAFIQ AMBAK, 15 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Bukit Aman masih belum memuktamadkan tarikh untuk merakam keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didkawa menyokong beliau mengambil alih pentadbiran negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sekali gus menafikan maklumat tular di media sosial kononnya Presiden PKR itu telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman pada 15 Oktober 2020 jam 3 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, adalah tidak benar Presiden PKR itu telah dipanggil ke Bukit Aman.

“Bukan esok (panggil Anwar), tapi belum ada pengesahan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

Sebelum ini, Huzir berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu sepatutnya hadir untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) pada 12 Oktober lalu bagaimanapun ditangguhkan temujanji ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Dalam pada itu Setiausaha Akhbar pemimpin berkenaan Tunku Nashrul Tunku Abaidah ketika dihubungi mendapatkan pengesahan lanjut berhubunhg perkara itu membalas mesej secara ringkas bahawa pihaknya tiada maklumat.- MalaysiaGazette