Amad Diallo.

LONDON – Manchester United secara rasmi berjaya mendapatkan khidmat Amad Diallo pada hari terakhir di pasaran perpindahan musim panas 2020/2021 selepas  terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun itu.

Diallo dikatakan sebagai bakat hebat dalam pasukan belia Atalanta dan telah bermain tiga perlawanan dengan pasukan utama pada musim 2019/2020.

The Red Devils membelinya dengan harga €30 juta dan ia adalah harga sangat tinggi untuk pemain yang berusia 18 tahun.

Diallo kelahiran Ivory Coast itu akan hanya menyertai United pada Januari ini kerana masalah permit kerja.

Bersama seorang lagi pemain baharu iaitu Facundo Pellistri, Diallo adalah pemain muda United yang bersedia untuk projek jangka masa panjang.

Namun sebelum berpindah ke United, Diallo hampir berpindah ke Parma secara pinjaman sebelum United mendapatkanya secara rasmi.

Malah, Parma telah mengumumkan Diallo sebagai pemain baharunya namun terpaksa kecewa di saat-saat terakhir selepas Atalanta membatalkan perjanjian. – MalaysiaGazette