Dr. Adham Baba.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia tidak semata-mata bergantung kepada titik R-naught sahaja dalam membuat analisis dan perancangan strategik yang pragmatik.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, analisis akan dilakukan secara komprehensif oleh pakar-pakar KKM di pelbagai peringkat.

Jelasnya, pakar-pakar tersebut akan meneliti semua aspek berkaitan, termasuk kadar kebolehjangkitan, kadar kematian, kadar penggunaan katil, ciri-ciri kluster dan nilai korelasi spatio.

“Kesihatan dan keselamatan nyawa menjadi keutamaan Kerajaan dan KKM akan terus mempertingkatkan usaha bersepadu dengan pelbagai pihak untuk menjayakan usaha membendung COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette