Juventus sedia merobek PSG untuk khidmat Kylian Mbappe dengan dana rekod dunia RM1.92 bilion

MILAN – Juara bertahan Serie A Itali, Juventus sudah bersiap sedia membelanjakan dana besar berjumlah £360 juta (RM1.92 bilion) untuk merobek Paris Saint Germain bagi mengikat khidmat Kylian Mbappe.

Tetapi lebih mengejutkan, media Itali melaporkan kelab itu sedia mengorbankan  superstar dunia mereka, Cristiano Ronaldo kepada kelab gergasi Ligue 1 itu.

Ronaldo dan Mbappe bertembung dalam aksi Liga Nasional antara Portugal dan Perancis minggu lalu.

Mbappe muncul sebagai remaja pertama menjaringkan gol dalam aksi akhir Piala Dunia pada thun 2018 sejak Pele dan memilii rekod jaringan 92 gol dlam 127 penampilan bersama PSG.

Kejayaan itu mula meletakkannya menjadi perhatian kelab-kelab elit Eropah antaranya Liverpool dan Real Madrid.

Namun akhbar Itali mendakwa Juventus mungkin akan mencuba nasib untuk membeli pemain tersebut.

Kelab yang terkenal sebagai the Zebras dikatakan bersedia mengeluarkan dana lebih besar daripada PSG yang pernah membeli Neymar dari Barcelona.

PSG memiliki Neymar dengan dana rekod dunia £200 juta pound.

Ronaldo dikaitkan dengan kelab gergasi Ligue One Perancis selepas ejen Jorge Mendes berbincang mengenai pernghijrahan pemain itu ke Perancis musim lalu.

Ronaldo yang menyertai Juventus pada 2018 dari Real Madrid menjaringkan 68 gol dalam 91 penampilan setakat ini.

Bagaimanapun laporan berkata, Juventus boleh berjimat sedikit sekiranya bersabar menunggu semusim lagi kerana kontrak Mbappe berbaki hanya semusim lagi bersama PSG.-MalaysiaGazette