Raja sindiket Macau Scam dalam negara yang dikaitkan dengan beberapa selebriti popular tempatan sangat dikehendaki polis iaitu Goh Leong Yeong yang melarikan diri memanjat pagar SPRM sejurus dibebaskan kini sedang diburu Bukit Aman sejak 16 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam  yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek sangat dikehendaki dalam jenayah perjudian online itu.

Katanya, identiti suspek dikenalpasti sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun.

“Suspek beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Raja sindiket Macau Scam dalam negara yang dikaitkan dengan beberapa selebriti popular tempatan sangat dikehendaki polis iaitu Goh Leong Yeong yang melarikan diri memanjat pagar SPRM sejurus dibebaskan kini sedang diburu Bukit Aman.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes jenayah di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai suspek sangat dikehendaki itukepada pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis dalam kes ini (menangkap suspek),” tegas beliau.-MalaysiaGazette

 

Suspek sindiket ‘cuci duit’ larikan diri dengan bantuan pengawal peribadi

Cuci duit: Majistret tolak permohonan reman tiga individu

1 Komen

Comments are closed.