Menu stimbot dalam talian sepanjang PKPB di Pak John Steamboat & BBQ.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) telah memperkenalkan menu itu yang boleh dipesan secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, pelanggan kini boleh menikmati menu dengan pilihan lauk seperti ayam, daging lembu dan kambing dengan set permulaan bermula RM10 hingga RM159 bagi set kombo.

Beliau berkata, pengenalan menu disediakan untuk pelanggan-pelanggan setia mereka yang lebih selesa duduk di rumah bagi mengelak penularan kes virus Covid-19 yang makin meningkatkan ketika ini.

“Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi Pak John perlu kreatif untuk memperkenalkan menu-menu kami yang mudah ditempah secara atas talian.

“Sebelum ini, kami turut memperkenal menu seperti nasi goreng pelbagai cita rasa, mi udon, nasi ayam, bihun goreng dan aneka juada sup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai kini boleh menikmati menu stimbot dalam talian sepajang PKPB ini.

Chong menambah, restoran itu beroperasi seperti biasa sepanjang PKPB dari pukul 11 pagi sampai 10 malam.

Namun katanya, pelanggan dihadkan hanya seramai 50 orang pada setiap masa dan hanya dua pelanggan setiap meja.

“Ini selaras menyahut seruan kerajaan melaksanakan prosuder standard operasi (SOP) sepanjang PKPB ini.

“Pak John juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan stimboat di mana bil berjumlah RM200 ke atas, caj penghantaran adalah percuma,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +60129022816.

Selain eCurve Damansara, Pak John turut beroperasi di IOI City Mall Putrajaya. – MalaysiaGazette