KUALA LUMPUR – Sememangnya pada masa pandemik Covid-19 ini, antara garis panduan (SOP) wajib ialah pemakaian pelitup muka.
Malah bukan sesuatu yang pelik kerana hampir di seluruh pelusuk negara seandainya tidak memakainya maka seseorang itu tidak dibenarkan memasuki mana-mana ruang atau lokasi.
Mengambil kira kepentingan yang sama, seorang ahli perniagaan bukan Islam dalam bidang penjualan pelitup muka pula mengambil inisiatif memperkenalkan ‘pelitup muka halal’.
Datuk K. Karthigeyan berkata, beliau terpanggil untuk memperkenalkan pelitup muka halal buatan kilang Xiamen Huacheng High-Tech Textile Co Ltd di China kerana menyedari kepentingan penggunaan produk halal oleh rakyat di negara ini.
Menurutnya, hakikatnya masyarakat bukan Islam di negara ini sendiri amat memahami halal yang bermaksud bersih serta suci.
“Sememangnya kami (bukan Islam) faham apa itu suci dan bersih serta betapa ianya penting dalam kehidupan seharian masyarakat Islam terutamanya.
“Ketika pandemik ini melanda dan kerajaan sendiri mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar pada saban masa sememangnya sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
“Pelitup muka adalah sesuatu yang dipakai di muka iaitu kawasan pernafasan jadi sewajarnya perlu diakui bersih oleh pihak berwajib. Tidak boleh sewenang-wenangnya dipandang mudah lagi-lagi masyarakat peka dengan isu ini.
“Pelitup muka buatan China ini dikilangkan di Xiamen Huacheng High-Tech Textile Co Ltd, dibuat sepenuhnya dalam satu kilang termasuk bahan-bahan mentah yang digunakan.
“Difahamkan ada sesetengah pengusaha kilang, mengimport bahan mentah tertentu dari kilang lain tetapi pelitup muka ini dibuat di kilang sama sepenuhnya.
“Kilang dan pelitup muka ini juga sudah diaudit oleh ARA Halal Certification Services Center Inc (ARA), badan pensijilan luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada MalaysiaGazette.
Jelas Karthigeyan lagi, produk Xiamen Huacheng boleh digunakan tanpa was-was apatah lagi mendapat pengiktirafan tinggi.
“Hampir saban waktu kita kini dalam keadaan bernafas menggunakan pelitup muka, itu memang norma baru bukan sahaja kita di negara ini sebaliknya seluruh dunia yang berdepan dengan pandemik maut ini.
“Mungkin juga penggunaan face mask ini akan menjadi kehidupan kita pada masa akan datang selepas ini, melihat kepada situasi kini sememangnya norma baharu kita.
“Pelitup muka halal juga penting kerana ianya melekap di muka, bibir dan hidung. Justeru memang perlu pelitup muka yang halal, suci dan bersih. Anda semestinya boleh guna tanpa was-was.
“Ingin saya maklumkan juga kepada anda, ini juga adalah pelitup muka pertama yang mendapat pengiktirafan halal di dunia dan sememangnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda tanpa sebarang was-was,” ujarnya.
Pelitup muka Xiamen Huacheng ini juga mempunyai variasi termasuk jenis N95 dan juga face mask khas untuk kanak-kanak.
Kepada pihak berminat boleh menghubungi Karthigeyen di talian Instant Media Sdn Bhd nombor Whatsapp 016 2182408, yang berminat menjadi agen di lokasi masing-masing juga di alu-alukan.- MalaysiaGazette

















