KUALA LUMPUR – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) mengesahkan dua kakitangannya di cawangan Tawau positif Covid-19.
Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.
Susulan itu, bank itu telah menutup cawangannya di Tawau dan kawasan di e-lobi sejak 16 Oktober lalu serta semua kakitangannya sudah menjalani ujian saringan selepas seorang daripada pengawal keselamatan disahkan positif.
Buat masa ini cawangan itu ditutup sehingga satu notis dimaklumkan nanti.