Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membawa isu membenarkan pekerja bekerja di rumah dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, meskipun pergerakan bekerja masih dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun majikan dimohon membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

“Saya akan bawa dalam mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri yang bersidang setiap hari bagi apakah tindakan seterusnya bagi pekerja-pekerja yang terus bekerja di pejabat atau syarikat-syarikat perniagaan.

“Cuma saya harap supaya majikan benarkan pekerja-pekerja bekerja daripada rumah ini bagi menjaga keselamatan bukan hanya pekerja tersebut tetapi semua pekerja lain di dalam syarikat-syarikat berkaitan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara langsung menrusi laman Facebook hari ini.

Kerajaan membenarkan pergerakan untuk bekerja dan sektor ekonomi bagi kawasan di bawah PKPB. – MalaysiaGazette