Video berdurasi 1 minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung  satu kenyataan menghasut membabitkan seorang lelaki dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata video berdurasi 1 minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.

“Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.

“Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki itu berada di luar negara sejak November 2017, malah suspek turut dikehendaki untuk tiga kes lain berkaitan ugutan dan hasutan,” katanya dalam satu kenyataan

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Kalau mangkuk ni kat luar negara, batal passport dan lucut kewarganegaraan Pendatang Tak Sedar diri ni.

Comments are closed.