Gelagat sebahagian penduduk mengambil bekalan air yang disediakan Air Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Khidmat Setempat PJS 1/25, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai yang kerap berlaku telah menyebabkan pengguna yang terjejas menyalurkan kemarahan mereka kepada kerajaan negeri Selangor.

Namun begitu, Exco kerajaan negeri, Hee Loy Sian meminta orang ramai supaya mengutuk orang yang mencemarkan sungai dan bukannya kerajaan negeri.

Ketika dihubungi China Press, Loy Sian juga memberitahu, orang ramai yang berjaya mendedahkan identiti orang yang mencemarkan sungai akan diberi ganjaran RM20,000.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkata, kerajaan negeri akan menjadi sasaran dan dimarah setiap kali berlaku pencemaran sungai.

Hee Loy Sian

Menurutnya, kerajaan tidak menolak kemungkinan pencemaran yang kerap berlaku adalah perbuatan yang disengajakan dan pihak pengurusan air berkaitan juga telah membuat laporan polis.

Katanya, kerajaan Selangor juga telah mengaturkan rondaan oleh pihak berkuasa selama 24 jam, tetapi usaha itu tidak menjamin bahawa setiap pesalah akan berjaya ditahan.

Sejak September, Sungai Gong, Sungai Semenyih dan Sungai Selangor telah mengalami pencemaran secara berturut-turut dan keadaan itu menyebabkan ramai pengguna di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Exco bodoh.. Air n tanah di bawah kerajaan negeri.. Blh gubal undang2 utk jaga bekalan air dan penguatkuasaan undang2..

    Exco bodoh makan gaji buta. Elok resign Je

  2. manyak bolo punya eco,
    lakyat xmau lenga lu punya sala ka sapa punya sala ka,
    lakyat mau air bilisih saja,lakyat pun xmau air sikijap ala sikijap xla,
    lu tingok sikalang cilaka olang sulah xla takut bikin air jali koto,
    itu cilaka olang kasi koto air punya han,lakyat manyak susa mau tugu air,
    lu eco ma,lu misti mau pikir maciam mana mau bikin itu cilaka olang kasi koto air jali takut,lu misti mau kasi waning sama liaolang,kasi lenda kuat sikit la

  3. itu lerrr.. siapa suluh kelajaan negeli kasi lulus itu kilang lesen tepi sungai loh. Sekalang mau bikin apa pun tak boleh loh. Kasi tau itu kilang, kena bina itu loji rawatan air sendili dalam kilang laaaaa. Itu sja cala ada. Lain benda lu kelajaan negeri talak belani buat punya seperti itu kasi batal lesen atau suluh kilang pindah sajer.

Comments are closed.