Aksi Fabinho yang menepis bola rembatan Ajax daripada memasuki gawang gol untuk mengesahkan tiga mata penuh pasukan dalam aksi pembukaan kumpulan D, Liga Jyara-Juara Eropah awal pagi tadi.

AMSTERDAM – Pasukan dilanda krisis kecederaan Liverpool terselamat daripada menjadi mangsa amukan Ajax dalam aksi kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi apabila menang nasib 1-0 menentang pasukan Belanda itu.

Skuad kendalian Jurgen Klopp yang turun tanpa perancang utama pertahanan mereka yang dilanda kecederaan Virgil va Dijk, nyaris kecundang kepada tuan rumah.

Bagaimanapun kesilapan pemain Ajax menjaringkan gol sendiri menyelamatkan kelab Liga Perdana Inggeris itu meraih tiga mata penuh.

Kesilapan pemain Ajax Nicolas Tagliafico yang mahu menepis rembatan Sadio Mane pada minit ke-35 mengakibatkan bola memasuki gawang gol sendiri sekaligus menghadiahkan tiga mata kepada pasukan pelawat itu.

Liverpool bergelut sepanjang permainan kerana tidak dapat menahan dengan asakan bertubi-tubi.

Liverpool nyaris membolos gol penyamaan hasil rembatan Dusan Tadic namun Fabinho berjaya menepis bola itu daripada memasuki gawang gol di separuh masa kedua.

Fabinho yang merupakan pemain tengah telah diberi tugas sebagai pemain bek pertahanan dalam aksi tersebut.

Klopp kelihatan cemas di tepi padang sambil menjert ke arah pemainnya supaya fokus dalam perlawanan.-MalaysiaGazette