Naib Ketua AMK Selangor, Dzulhilmi Zainol yang telah membuat laporan polis mengenainya di Ibupejabat Polis Sungai Buloh dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Siasat dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah ditawar jawatan Penasihat Petronas.

Itu gesaan Naib Ketua AMK Selangor, Dzulhilmi Zainol yang telah membuat laporan polis mengenainya di Ibupejabat Polis Sungai Buloh dekat sini semalam.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata, dakwaan tersebut jelas berkait rapat dengan Perkara 48 (1)(C) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sekiranya memegang suatu jawatan yang berpendapatan.

“Perkara tersebut jelas bertujuan bagi ahli-ahli Dewan Rakyat menyokong serta mengundi kerajaan ketika ini hanya kepada sogokan politik’ dan secara tidak langsung ia telah menjejaskan sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia,” katanya.

Dalam surat itu, Ku Li menegaskan beliau telah menolak tawaran daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima jawatan sebagai Penasihat Petronas.

“AMK Selangor tegas berpendirian bahawa perkara ini perlu disoal siasat sama ada ianya telah melanggari undang-undang yang sedia ada ataupun sebaliknya,” kata Dzulhilmi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Knp bodoh bangang Naib Ketua AMK Selangor dan sekutunya ni…baca dan fahami betul2 perlembagaan malaysia sebelum nk komen atau nk apa pun. Soalan yg kedua, knp sekarang baru dipersoalkan pelantikan oengerusi GLC ni sdgkan masa PH merintah dulu pun melakukan perkara yg sama. Knp x berbangkitpun isu ni? Bengong bahlol lah kamu ni

  2. Tahap pemikiran naib ketua amk selangor ni mcm budak darjah 1. Nmpk sgt x matang. Klu terasa diri tu lbh cerdik dr org lain, itulah penyakit yg susah nk ubat. Org panggil bodoh sombong

Comments are closed.