Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Jangan bertelagah antara satu sama lain dan rakyat Malaysia perlu bersatu dalam memerangi Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Noor Hisham juga sebelum itu, meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan pandemik di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi Covid-19.

“Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,”  ujarnya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Doc.. Panggil semua ahli politik ni. Suruh dorang beratur pastu suntik ngan virus convid. Baru padan muka dorang.

Comments are closed.