Zainul Rijal Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan ‘ubat’ mujarab bagi merawat negara yang sedang sakit bukan sahaja disebabkan dilanda Covid-19 tetapi ‘wabak-wabak’ lain iaitu gangguan politikus.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar secara peribadi tidak ada masalah kalau Malaysia diisytiharkan darurat, prorog dan bubar Parlimen, Pilihan Raya Umum atau sebagainya asalkan dapat menyelesaikan isu-isu politikus.

Ini termasuk masalah politikus yang berkuasa gagal menguruskan kuasanya dan masih mahu mengekalkan kuasanya, politikus yang tidak berkuasa mahu berkuasa, melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa dan menganggu politikus yang berkuasa.

Ia juga melibatkan kegagalan ahli politik membangunkan negara dengan sewajarnya, kegagalan menangani Covid-19 dengan berkesan dan kegagalan berbalik kepada agama dalam menyelesaikan segala masalah dan pertikaian.

”Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada negaraku ini. Berkatilah kami semua. Engkau berilah ‘ubat’ yang mujarab tersebut kepada kami,” doanya dalam hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette