Philippe Coutinho.

BRAZIL  – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Brazil Tite mendedahkan jisim otot Philippe Coutinho naik mendadak selepas hanya satu musim dipinjamkan ke Bayern Munich.

Pemain tengah itu merupakan salah satu daripada beberapa pemain Bayern Munich yang mengalami transformasi badan yang luar biasa.

Coutinho menghabiskan musim 2019/2020 sebagai pemain pinjaman Bayern selepas disahkan tidak berada dalam pelan bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde.

Bagaimanapun keputusan Valverde itu memberi banyak impak positif kepada karier Coutinho.

Dalam masa semusim bersama gergasi Bundesliga itu, dia telah merangkul trofi liga, DFB-Pokal dan UEFA Champions League.

Selain itu, pemain berusia 28 tahun ini menghabiskan musimnya bersama Bayern dengan minat dan fizikal baharu.

“Sejak kebelakangan ini, Coutinho begitu menjaga aspek fizikalnya.

“Selepas semusim bermain dengan Bayern Munich, berat badan Coutinho naik 5 kilogram (kg) di mana 4 kg daripadanya merupakan jisim otot. Yang pasti fizikalnya telah bertambah baik,” kata Tite.

Tranformasi fizikal pemain Bayern itu kini menjadi perbualan di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast