Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 yang bakal dibentang pada awal bulan depan tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, kementerian itu sedang berusaha dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk menyediakan Belanjawan 2021 yang komprehensif.

Belanjawan itu akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi yang telah digerakkan sejak bulan Mei lalu serta menerusi kesemua pakej rangsangan ekonomi, iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

”Saya yakin Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan dan mendapat sokongan jitu demi kemakmuran bersama,” katanya yang mengunjurkan pemulihan ekonomi dapat dicapai menjelang tahun depan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 itu dijadual dibentangkan Tengku Zafrul pada pukul 4 petang, 6 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast