Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Lapan pekerja warga Myanmar antara 11 individu yang ditangkap dan direman polis berhubung insiden pencemaran Sungai Kundang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan pada pukul 3 petang semalam oleh Pasukan Polis Siasatan Jenayah IPD Gombak di sebuah kilang pemprosesan minyak sawit di kawasan perindustrian Kundang Jaya, Kundang.

Katanya, daripada 11 orang suspek itu, seorang lelaki tempatan adalah pengurus kilang tersebut berusia 66 tahun dan dua lagi lelaki tempatan berusia 36 dan 46 tahun.

“Manakala lapan lelaki Myanmar itu adalah berusia 27 tahun hingga 39 tahun, siasatan lanjut mendapati mereka merupakan pekerja kilang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perintah reman untuk kesemua 11 suspek itu dibenarkan oleh Majistret Nur Hafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi.

Menurut Fadzil, polis juga telah merampas beberapa dokumen dan peralatan yang disyaki digunakan dalam pencemaran air di sungai tersebut.

“Kesemua tangkapan telah dihadapkan ke Mahkamah Selayang untuk proses perintah reman dan mereka berjaya direman untuk tujuh hari sehingga 2 November 2020 untuk tindakan lanjut polis,” jelas beliau lagi.

Pada minggu lalu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang ketika terlibat dalam pemantauan 24 jam dalam Ops Statik Sungai Gong, Rawang. – MalaysiaGazette