Christian Coleman.

PARIS – Unit Integriti Olahraga (AIU) mengumumkan juara dunia 100 meter (m), Christian Coleman digantung selama dua tahun atas kesalahan anti doping.

AIU dalam satu kenyataan menjelaskan Tribunal Disiplin Olahraga Dunia yang bersidang mengekalkan pertuduhan ke atas Coleman namun mengurangkan hukumannya kepada selama dua tahun berkuat kuasa pada 14 Mei lalu.

Pelari pecut berusia 24 tahun itu mempunyai tempoh 30 hari untuk membuat rayuan ke atas keputusan berkenaan di Mahkamah Timbang Tara Sukan,.

Bagaimanapun dia dijangka terlepas temasya Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan yang mana dia menjadi pilihan untuk memenangi emas acara berkenaan.

Pada Jun lalu, pelari pecut Amerika Syarikat (AS) itu yang memenangi acara 100m pada kejuaraan dunia di Doha tahun lalu telah digantung selama tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast