Presiden Barcelona dan barisan lembaga pengarah kelab itu letak jawatan serta merta selepas dilanda kontroversi dan pertelingkahan bersama pemain kelab itu.

MADRID – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengemukakan surat perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Turut mengikuti jejak langkah Bartomeu adalah seluruh barisan Lembaga Pengarah the Catalans.

Beberapa isu kontroversi yang melanda kelab itu pada musim lalu dikaitkan dengan pengunduran barisan Lembaga Pengarah dan Presiden kelab itu.

Isu paling utama yang menarik perhatian dunia adalah tindakan Bartomeu dan seangkatannya memaksa Lionel Messi meninggalkan Nou Camp.

Pada Isnin lalu, Bartomeu berkata, tiada sebab untuk berundur dan dia tidak berhasrat untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat tergempar pada Selasa lalu menyaksikan Pengerusi yang berusia 57 tahun itu serta barisan Lembaga Pengarah kelab menyerahkan surat perletakan jawatan.

Tindakan mengejut itu kini memperlihatan peluang Messi kekal di Barcelona ceraah selepas ini.

Bartomeu dikritik Messi selepas pemain kebangsaan Argentina itu mengemukakan ramcangan untuk meninggalkan Barcelona awal musim ini.

Barcelona kini menduduki tangga ke-12 La Liga selepas kalah dua perlawanan berturut-turut termasuk dimalukan Real Madrid dalam pertembungan El Clasico pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette