Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan  di Ibu Pejabat PKR, Tropicana di sini.

Mesyuarat tersebut dipercayai membincangkan belanjawan yang akan dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat pada minggu depan, usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan isu-isu berbangkit berkaitan politik negara sejak kebelakangan ini.

Intipati mesyuarat juga turut dipercayai berkait dengan keputusan UMNO baru-baru ini apabila memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Antara pimpinan PH yang dilihat hadir pada mesyuarat berkenaan iaitu Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Veteran DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu. – MalaysiaGazette