Sebahagian kakitangan petugas Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC) UM terlibat dalam proses penghantaran dokumen pengijazahan graduan UM sesi 2020 kali ini.Foto Kredit: Univertiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Setiap graduan pasti teruja mahu menerima skrol masing-masing sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing.

Begitu juga dengan para graduan Universiti Malaya (UM) 2020, namun pandemik Covid-19 tidak memungkinkan mereka menerima skrol ijazah di atas pentas lantaran konvokesyen secara tradisi tidak dapat dilangsungkan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan pentadbiran UM perlu menguruskan proses penghantaran dokumen pengijazahan itu kepada para graduan dan ternyata ia sebenarnya tidak mudah.

Proses berkenaan terbantut apabila hasil semakan rekod terkini mendedahkan 80 peratus dokumen yang mengandungi transkrip akademik dan skrol ijazah graduan UM 2020 tidak dapat diuruskan penghantarannya.

Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC) Universiti Malaya dalam kenyataan terbaharu mendedahkan perkara tersebut.

Sebahagian kakitangan petugas Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC) UM terlibat dalam proses penghantaran dokumen pengijazahan graduan UM sesi 2020.Foto Kredit: Univertiti Malaya.

Menurut AASC, hanya 20 peratus dokumen pengijazahan telah berjaya diuruskan dan dihantar kepada graduan 2020.

“Alasan kegagalan penghantaran 80 peratus dokumen pengijazahan graduan 2020 adalah alamat semasa yang diberikan oleh para graduan dalam portal maya tidak lengkap.

“Selain itu tiada nombor telefon (wajib bagi pihak pos laju menghubungi penerima) disertakan.

Petugas Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC) UM menyusun dokumen pengijazahan graduan UM sesi 2020.Foto Kredit: Univertiti Malaya.

“Malahan, kebanyakan graduan masih mempunyai tunggakan hutang iaitu yuran pengajian, hutang perpustakaan UM atau yuran kolej kediaman antara faktor yang menyebabkan penghantaran dokumen pengijazahan graduan tidak dapat dilaksanakan,” kata pusat AASC itu.

Untuk itu kata pihak berkenaan graduan yang masih belum mengemaskini alamat tempat tinggal semasa yang lengkap, nombor telefon supaya diminta berbuat demikian selewat-lewatnya 1 November 2020 di portal maya yang disediakan.

Menurut AASC, proses itu diperlukan segera untuk melancrkan penghantaran dokumen pengijazahan oleh pihak Poslaju.

“Bagi mereka yang masih mempunyai tunggakan yuran, sila semak status hutang anda di portal MAYA dan portal Perpustakaan UM serta membuat pembayaran terus ke epay.um.edu.my.

Masalah maklumat yang tidak dikemaskini serta yuran tertunggak antara faktor skrol para graduan tidak dapat diproses untuk penghataran oleh Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC) Univeriti Malaya. Foto Kredit: Univertiti Malaya.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemel kepada [email protected],” tegas pihak tersebut.

Pada 23 Oktober lalu AASC mengingatkan para graduan 2020 ysupaya mengemaskini alamat semasa dan nombor telefon terkini di portal MAYA selewat-lewatya jam 12 tengah malam 25 Oktober 2020 bagi memudahkan urusan penghantaran dokumen pengijazahan.

Dalam kenyataan sama, AASC memaklumkan bahawa operasi di AASC dihadkan pada tahap minimum berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 22 Oktober lalu.

Ia akan menjangkakan penghantaran dokumen pengijazahan akan mengalami sedikit kelewatan untuk sampai kepada graduan UM.-MalaysiaGazette

Kakitangan Poslaju turut terlibat dalam proses pemeriksaan,pembungkusan dan penghantaran dokumen pengijazahan graduan UM 2020 di AASC bersama kakitangan UM.Foto Kredit: Universiti Malaya