Sohaimi Shahadan

KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan & Industri Asean (DPIA) mengumumkan pelantikan Datuk Sohaimi Shahadan sebagai pemangku Presiden DPIA berkuatkuasa semalam.

Sebelum ini Sohaimi merupakan Timbalan Presiden 1 DPIA.

Beliau akan menggantikan Datuk Moehamad Izat Emir, 82, yang meletakkan jawatan susulan faktor usia yang menyebabkan beliau perlu berehat seketika.

Tugas memangku jawatan presiden disandang bermula 28 Oktober 2020 selepas Mesyuarat Khas DPIA sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Sohaimi manakala Moehamad Izat pula dipilih sebagai Penasihat Utama DPIA.

“Saya akan memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Mac tahun depan untuk memilih presiden baharu.

“Seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli DPIA mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Moehamad Izat Emir di atas kepemimpinan dan bimbingan beliau semasa menerajui DPIA,” katanya.

Penubuhan DPIA dicetuskan oleh Moehamad Izat pada 17 April 2017 selepas 19 tahun memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Setakat ini DPIA berjaya menubuhkan lapan cawangan di Wilayah Persekutuan, Kelantan, Selangor, Perak, Terengganu, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.. – MalaysiaGazette