KUALA LUMPUR – Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah meminta lebih masa kepada UEM Group untuk mempertimbangkan cadangan penggabungan dengan anak syarikat itu – UEM Sunrise Bhd.

Dalam notis kepada Bursa Malaysia EcoWorld berkata, Lembaga Pengarah telah meminta sehingga 2 Januari 2021 untuk memberi keputusan.

Artikel berkaitan: UEM cadang penggabungan UEM Sunrise, Eco World

Ia juga bertepatan dengan tarikh yang diminta oleh UEM Sunrise.

EcoWorld berkata, syarikat itu akan membuat pengumuman jika ada perkembangan selanjutnya. – MalaysiaGazette