Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan dikekalkan atau dinaikkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kelonggaran bagi pelaksanaan majlis akad nikah di seluruh negeri mulai Isnin ini meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa di Selangor hingga 9 November ini.

Majlis akad nikah boleh dilaksanakan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh negeri ini.

Namun, kata, Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, kebenaran ini tertakluk kepada syarat-syarat iaitu pemohon lelaki dan perempuan telah mendapat kebenaran berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) Tahun 2003 dan PAID.

Hanya tiga orang yang dibenarkan hadir untuk upacara tersebut (pengantin lelaki, wanita dan wali).

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, lima majlis akad nikah akan dilakukan dalam satu hari bermula Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Selain itu, majlis akad nikah tersebut perlu mendapat kebenaran Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

Menurutnya, upacara itu boleh dibuat dengan menghubungi PAID berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette