Rekod hatrik terpantas dalam sejarah liga juara juara Eropah kini milik pemain Manchester United Marcus Rashford menentang RB LeipZig 5-0 dalam aksi kumpulan H di Old Trafford 29 Oktober 2020.Foto :The Sun Sports UK

LONDON – Pemain Manchester United, Marcus Rashford mencipta rekod dengan menjaringkan gol hatrik terpantas Liga Juara-Juara Eropah.

Ia memadamkan rekod yang dipegang pemain Paris Saint Germain, Kylian Mbappe.

Pemain gantian United itu melakarkan hatrik dalam tempoh 27 minit dengan menjaringkan gol pada minit ke-74, 78 dan 90+2 ketika menentang RB Leipzig pada aksi Liga Juara Eropah. Pada perlawanan kelmarin United menang 5-0 di laman sendiri.

Sebelum ini Mbappe melakukan hatrik dalam tempoh 38 minit ketika pasukannya berhadapan Brugge pada Oktober 2019. – MalaysiaGazette