TERKINI : Wajib Patuh 3 Prinsip Jika Pilihan Raya Terpaksa Diadakan – Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ditanya samada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat digunakan untuk mengelak daripada PRU diadakan, Noor Hisham berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan meminda akta itu.

Jelasnya Akta 342 yang digubal pada tahun 1988 tidak menjurus kepada pandemik dan hanya kepada penyakit berjangkit sahaja. “Sudah sampai sama untuk kita melihat kembali akta ini.

Ketika akta ini didrafkan, kita tidak jangka untuk pandemik dan kita gunakan untuk penyakit berjangkit tapi keperluan untuk kita melihat semua pindaan itu seharusnya dijalankan.

“Sama ada kita mempunyai kuasa yang lebih kepada Akta Perlembagaan melihat kepada PRU dan sebagainya. Ini satu kita kena rujuk kepada Peguam Negara,”.