Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) direman lima hari hingga 6 September ini oleh Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas lelaki berusia 60 tahun itu.















