Komuniti p-hailing di Melaka khususnya di sekitar Tanjung Bidara dan Masjid Tanah menerima dua kejutan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini.
Dalam masa sama, beberapa pelanggan yang menunggu pesanan makanan tidak menyangka penghantar yang tiba di depan rumah mereka bukan rider biasa, sebaliknya Ab Rauf sendiri yang turun menunggang motosikal dan menghantar makanan sekitar Pengkalan Balak dan Masjid Tanah
Kejutan ADUN Tanjung Bidara itu mencetuskan reaksi spontan pelanggan dan komuniti rider yang mengakui terharu melihat Ketua Menteri sendiri turun merasai pengalaman mereka mencari rezeki di jalan raya.
Ab Rauf membuat kejutan apabila mengumumkan Melaka bakal menyediakan subsidi servis motosikal sehingga 30 peratus kepada lebih 3,000 penghantar makanan di Melaka melalui 28 bengkel terpilih di setiap DUN.
#malaysiagazette #MelakaSayangRakyat #KetuaMenteriMelaka #AbRauf #PHailingMelaka















