Polis Diraja Malaysia (PDRM) memindahkan seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis untuk menjalankan tugas am pejabat selepas dia didakwa mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lagi suspek disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki ditemui rentung di dalam keretanya yang hangus terbakar berhampiran Stesen Rel Aliran Ringan (LRT) Kota Warisan di Sepang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek terbaharu juga merupakan rakan mangsa.

Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan berusia 24 tahun itu direman bermula semalam sehingga 6 November ini.

“Tangkapan ketiga adalah satu lelaki India, tangkapan di di Batu Caves, suspek berasal Batu Caves,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Wan Kamarul, polis sehingga kini masih menunggu proses dan keputusan DNA ahli keluarga untuk mengenalpasti identiti mangsa.

Untuk rekod, semalam polis telah menahan reman dua orang suspek dipercayai kawan rapat mangsa bagi membantu siasatan.

Fadzil turut mengesahkan tahanan reman selama tujuh hari sehingga 5 November ini dan reman untuk kedua-dua suspek telah diperoleh polis dari Mahkamah Majistret Sepang.

Kedua-dua suspek lelaki bangsa India itu berusia 42 dan 37 tahun kini direman untuk meneruskan siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, pada 28 Oktober lalu, mayat lelaki ditemui dalam keadaan rentung di dalam keretanya yang hangus terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan di Sepang.

Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat telah rentung 90 peratus dan polis menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter daripada kereta itu.

Mayat mangsa yang ditemui rentung 90 peratus di bahagian tempat duduk pemandu dan diserahkan kepada polis yang kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat menyebabkan polis mengklasfikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan memulakan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette