Anggota bomba berada di tepi longkang di Taman Bukit Rawang, tempat seorang kanak-kanak terjatuh dalam kejadian petang tadi. Ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemui lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam longkang pada kedalaman tiga kaki dalam kejadian di Taman Bukit Rawang, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar jam lebih kurang 5.28 petang tadi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dengan kekuatan lapan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa telah dipergiatkan dan mangsa ditemui sekitar jam 6.30 petang tadi pada jarak kira-kira 4 kilometer dari lokasi dia terjatuh.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan yang turut berada di lokasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast