Dr Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Kenyataan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang mendesak Yang Dipertuan Agong (YDPA) supaya tidak campur tangan dalam urusan negara semalam mendapat kritikan hebat.

Majoriti netizen mengutuk UMANY kerana cuba mempersoalkan institusi raja di negara ini.

Bagaimanapun hari ini hantaran UMANY di Facebook itu telah dipadamkan.

Penganalisis politik Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan pertubuhan pelajar Cina di UM itu sebagai biadap.

Sebelum ini, katanya, UMANY didakwa menjuarai desakan supaya Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim, meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

“Kini ia secara terbuka pula mendesak YDPA supaya jangan campur tangan dalam urusan-urusan negara.

“Bagaimana YDPA boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila menjadi kewajipan dan sumpah baginda untuk “menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia”?” soalnya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Soal Kamarul Zaman, bagaimana YDPA tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada YDPA?

“Bagaimana YDPA boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada YDPA dan dua Majlis Parlimen?” soalnya lagi.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Seperti biasa UMANY yang disokong oleh DAP akan Mengeluarkan statement kurang ajar dan Patut diambil tindakan.
    Kebebasan bersuara dan bertindak Ada hadnya
    If UMANY thinks that instigating the rakyat is their right then the rakyat can also curse all of you and your handlers from DAP.

  2. Bangsat dap ni dia akan guna saluran yg diujudkan bg mempertikai semua hal kedaulatan Raja raja , perlembagaan , malah Islam dan instutusi Islam pun cuba diganggu gugat mereka . Ini perangai bangsat baling batu sembunyi tangan . Malang ada melayu Islam yg sekongkol dengan bangsa ini ..bangsa dap.

  3. Mmg puak2 anjing tu perlu di ambil tindakan, spya perkara2 sbgini tidak berlaku lg..di blakang anjing2 ni ada anjing besar dap kafir harbi..batal kn warga negara puak2 anjing ni, halau blik ngra asal mereka..jgn biar kn mereka brada di ngra ini, slgi anjing2 ni ada kat sini, ngra kita tidak aman.

Comments are closed.