Kylian Mbappe

PARIS – Sepakan penalti yang disempurnakan Kylian Mbappe sekaligus membantu Paris Saint-Germain (PSG) melakar kemenangan ketujuh berturut-turut Ligue 1 selepas menewaskan Nantes 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi

Kemenagangn itu sekaligus menjadikan PSG menguasai carta liga dengan kelebihan tiga mata.

Kesemua gol PSG disempurnakan pada separuh masa kedua dalam aksi yang berlangsung di Stade de la Beaujoire, dengan Ander Herrera membuka jaringan dua minit selepas berehat.

Mbappe pula mengambil peluang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-65 sebelum Pablo Sarabia melebarkan kedudukan pada minit terakhir.

PSG kini mengumpul mata maksimum sejak memulakan musim dengan dua kekalahan berturut-turut dan juara bertahan itu mendahului liga dengan kelebihan tiga mata ke atas pesaing terdekat Lille dan Rennes.

Lille, yang belum tewas musim ini, boleh kembali menyertai pendahulu di puncak sekiranya mereka menewaskan Lyon malam ini. Rennes mengatasi Brest 2-1.

“Saya sangat gembira. Kami melakukan banyak perubahan kerana kami merasakan ia adalah perlu. Kami tidak mengharapkan semua menjadi sempurna dan hebat sepanjang masa,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

Beliau membuat enam perubahan dalam kesebelasan utama berikutan kemenangan 2-0 pertengahan minggu lalu di Istanbul Basaksehir dalam aksi Liga Juara-Juara dengan Neymar antara pemain yang tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan danĀ  dijangka dijangka direhatkan sehingga musim rehat antarabangsa yang akan datang.

Bagaimanapun Nantes yang seharusnya beraksi di Lens minggu lalu namun dibatalkan kerana wadak Covid-19 dalam pasukan lawan, kehilangan empat pemain pertahanan termasuk tiga daripada mereka itu didapati positif Covid-19. – MalaysiaGazette