Beberapa anggota sedang membawa mangsa naik ke atas selepas terjatuh ketinggian 30 meter di tapak pembinaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga asing maut selepas terjatuh dari ketinggian 30 meter di sebuah tapak projek di di Jalan Tun Razak hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami cedera di bahagian perut akibat tertusuk besi cerucuk bangunan.

Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Farid Hussin berkata, operasi menyelamat itu membabitkan Balai Bomba Pudu dan Jalan Tun Razak.

”Setiba di lokasi kejadian didapati seorang mangsa warga asing dalam lingkungan 30-an terjatuh daripada ketinggian 30 meter dan mengalami kecederaan dibahagian perut akibat tertusuk besi cerucuk,” katanya. – MalaysiaGazette