PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan sebagai suspek kerana disyaki merogol akan kandungnya berusia 16 tahun sejak Februari lalu teah disambung reman selama lima hari lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan maklumat itu.

Katanya, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pagi ini untuk permohonan sambung reman.

“Majistret membenarkan perintah sambung reman polis terhadap suspek sehingga 10 November ini,” katanya.

MalaysiaGazette hari ini telah melaporkan suspek berusia 42 tahun itu telah ditahan pada Isnin lalu selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun itu di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Suspek yang bercerai dengan isterinya pada tahun 2004 berjaya mendapatkan kebenaran hak penjagaan terhadap mangsa pada September lalu sebelum bertindak melepaskan nafsu serakah dengan merogol anak kandungnya secar berterusan sejak Februari lalu.

Suspek disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu pada setiap awal pagi ketika ahli keluarganya iaitu ibu tiri serta empat adik tiri mangsa tidur di bilik berasingan.

Siasatan lanjut ke atas suspek mendapati dia mempunyai satu rekod lampau jenayah membabitkan kes rogol adik iparnya mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bapa nafsu serakah rogol anak sejak Februari lalu ditangkap