Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Kerajaan diharap dapat membantu memulihkan sektor pelancongan dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau yakin belanjawan tahun depan juga bakal memberi suntikan kepada pembangunan ekonomi.

“Kementerian yakin Bajet 2021 bakal beri suntikan kepada pembangunan ekonomi negara serta membantu pemulihan sektor pelancongan, seni dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentang pada 4 petang ini oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Sudah tentu belanjawan kali ini menjadi tumpuan rakyat apabila pelbagai sektor ekonomi terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

Antara sektor yang dijangka bakal memperoleh peruntukan tinggi semasa pandemik menyerang adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelancongan dan Budaya.

Ini kerana KKM merupakan kementerian yang berperanan penting dalam usaha melawan Covid-19, manakala Motac pula antara yang paling terjejas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast