Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi bayaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

Faedah itu dijangka dimanfaatkan kepada 1.4 juta pembayar cukai.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, insentif ini bagi meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis Covid-19 semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette