Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine Muhyiddin Yassin National Covid-19 Immunisation Programme
Muhyiddin Yassin PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada calon parti Demokrat, Joe Biden di atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Menurut Muhyiddin, Malaysia mengikuti proses pemilihan Presiden negara itu dan pengundi AS telah mengesahkan Biden sebagai Presiden ke-46 kerana kepimpinan dan visi beliau.

“Sebagai negara yang sedang membangun dengan pantas, Malaysia sedar tentang pentingnya hubungan dengan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perkongsian komprehensif AS-Malaysia terus menjadi rangka kerja meyeluruh bagi kerjasama yang proaktif, pelbagai sudut dan bermanfaat untuk kedua-dua buah negara.

Tambah beliau, Malaysia memandang ke hadapan untuk memperkukuhkan perkongsian dengan AS di bawah kepimpinan Biden sebagai komuniti antarabangsa dengan mengajukan banyak cabaran global, termasuk kesan daripada pandemik Covid-19.

Muhyiddin yang turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Biden berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan Presiden AS itu secara peribadi. – MalaysiaGazette