Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kerajaan akan melakukan pinjaman yang besar untuk melaksanakan Belanjawan 2021 yang dianggarkan sebanyak RM322.5 bilion.

Dengan anggaran jumlah tersebut, beliau mengunjurkan hutang Kerajaan Persekutuan akan bertambah kepada RM1.3 trilion.

Angka itu merupakan peruntukan yang besar dan jika kerajaan gagal menguruskan hutang-hutang tersebut, Malaysia mungkin bankrap.

”Saya bukan ahli kewangan. Angka-angka besar ini sangat membingungkan. Nampaknya, kerajaan akan memasukkan wang ke dalam saku semua orang, yang kaya dan miskin, yang bekerja dan penganggur.

”Soalan yang ingin saya ajukan adalah dari mana wang itu akan diperoleh. Sedangkan defisit tersebut hanya sekitar RM85 bilion. Ia lebih besar daripada anggaran pembangunan RM69 bilion.

”Kita tahu bahawa wabak Covid-19 telah memberi kesan buruk kepada ekonomi. Walaupun industri sarung tangan berada dalam prestasi baik tetapi Petronas dan pelancongan, dua penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan menunjukkan prestasi yang sangat buruk.

”Semua industri lain juga teruk. Saya rasa pendapatan dan cukai korporat tidak akan menyumbang 2/3 daripada angka sama seperti keadaan normal,” katanya yang mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2021 menerusi hantaran di Facebook di sini.

Tegasnya, walaupun vaksin dapat menghentikan pandemi tetapi dapatkah industri, perdagangan dan perniagaan pulih sepenuhnya sehingga mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.5%.

“Cuba fikir. Dari penyusutan 4% hingga pertumbuhan 7.5%, pemulihan akan menjadi 11.5% – hebat,” katanya sambil berkata, komuniti perniagaan memerlukan lebih setahun untuk pulih.

Itu bermakna tiada pelaburan masuknya pada tahun 2021. Tentunya, tidak akan ada keuntungan yang dibuat, atau cukai yang dibayarkan kepada kerajaan.

”Saya rasa kerajaan perlu meminjam untuk melaksanakan belanjawan. Ini akan meningkatkan hutang kerajaan kepada RM1.3 trilion. Itu jumlah wang yang besar. Sekiranya anda gagal membayar pinjaman, anda mungkin muflis,” katanya lagi.

Selain membayar pinjaman dan kerjaan juga perlu mengurangkan prinsipal.

Untuk RM35 bilion hutang, jumlah perbelanjaan caj adalah RM72.3 bilion atau 30.6% daripada perbelanjaan mengurus sebanyak RM236.5 bilion.

”Saya mesti akui rasa takut. Ini adalah bajet ‘raksasa’ tetapi bolehkah kita mengumpulkan wang untuk membiayainya. Hutang kerajaan akan menjadi RM1.3 trilion. Bagaimana kita hendak membayarnya?, soalnya yang turut menyifatkan Belanjawan 2021 terlalu optimistik.

Oleh itu, Dr Mahathir berharap belanjawan ini disemak semula supaya ia realistik supaya ia dapat disokong.

”Kita tidak perlu dirasuah untuk mendapat sokongan. Kami tidak mahu menimbulkan krisis,” tambahnya.

Meskipun begitu, Dr Mahathir akui kerajaan tidak boleh mengurangkan kos operasi dan pembangunan.

Oleh itu, beliau mencadangkan mencadangkan pemotongan gaji 10 peratus daripada mereka yang berpendapatan tinggi meliputi kedua-dua perkerja sama ada di sektor kerajaan dan swasta.

Menyifatkan ia sebagai satu pengorbannan dan ia tidak menjejaskan golongan tersebut jika ia dilaksanakan dengan munasabah.

”Sebagai contoh RM20,000 sebulan dan wang ini sepatutnya digunakan untuk menyediakan makanan kepada mereka yang tidak bekerja dan langsung tidak mempunyai pendapatan,” katanya yang mengambil kira kenaikan gaji dengan kadar sangat tinggi iaitu 255 dalam 15 tahun lalu.

Katanya, menteri dan Ahli-Ahli Parlimen juga menikmati elaun yang besar. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Katanya,” menteri dan Ahli-Ahli Parlimen juga menikmati elaun yang besar”

    Nampak kann Atok bagi tahu bahawa ahli2 parlimen dapat elaun yang besar tanpa kira ia kerajaan atau pembangkang.
    Patut mereka berlumba-lumba mahu jadi YB…

    So PRU15 ini mesti ramai yang berlumba-lumba mahu jadi YB kerana pulangan yang berbaloi hidup senang tak abis ke anak cucu cicit.

  2. Atok lebih konfiden dengan belanjawan yang disiapkan oleh apek DAP yang merupakan akauntan tak bertauliah daripada Tengku Zafrul, mantan banker yang pernah menjawat jawatan CEO CIMB yang merupakan antara bank terbesar Asia Tenggara.

  3. Sebab tu jugak lah YB2 PH beriya2 nak jadi menteri sebab gaji dan imbuhan2 lain yang sangat berbaloi, apa lagi mempunyai kuasa yang sangat luas. Kesian.

Comments are closed.