Tengku Zafrul, KWSP Bincang Pengeluaran Akaun 1 | EDISI MG 3ptg – 9 November 2020

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata beliau akan berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) supaya boleh menimbang menambah pencarum bagi pengeluaran RM500 sebulan dari Akaun 1.

Katanya, perbincangan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan keluhan rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19.