Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain menunjukkan poster pada sidang media berkenaan PKPD Hentian Kajang di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 10 NOVEMBER 2020.

BANGI – Sejumlah RM90,000 diperuntukkan kerajaan Selangor bagi membantu penduduk sekitar Plaza Hentian Kajang dekat sini  yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 28 Oktober lalu.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata, peruntukan secara sekali bayar itu bagi menyediakan bakul makanan kepada 2,622 penduduk yang terkesan.

“Sehingga 9 November sebanyak enam kali pengagihan sumbangan bekalan dijalankan oleh Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Langat (PKMD) kepada penghuni-penghuni di Plaza Hentian Kajang,” katanya  dalam sidang media di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat hari ini.

Menurut Najmuddin, agihan bakul makanan meliputi sumbangan kerajaan negeri, wakil rakyat, syarikat swasta NGO.

Ahli Parlimen Bangi, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, syarikat swasta dan NGO,” katanya dalam sidang media di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat hari ini.

Hadir sama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Zul-kefli@Zulkefli Khalid.

PKPD di Plaza Hentian Kajang dilanjutkan mulai 11 November sehingga 24 November depan.

Ia diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Pelaksanaan PKPD kali kedua di Hentian Kajang imelibatkan 2,622 penduduk di 583 kediaman.

Jelas Najmuddin lagi, penduduk yang terkesan dengan PKPD tidak perlu risau kerana kedai-kedai runcit akan tetap dibuka bagi membekalkan makan dan bahan mentah kepada penduduk.

“Mesin ATM juga akan berfungsi seperti biasa dengan kawalan SOP oleh pihak keselamatan,” katanya.

Ismail Sabri semalam berkata, kerajaan telah mengambil langkah untuk melanjutkan PKPD di Plaza Hentian Kajang selama 14 hari lagi sehingga 24 November depan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan masih terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan itu. – MalaysiaGazette