Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya kakitangan awam dan swasta yang tidak terjejas supaya dipotong gaji sebanyak 10 peratus untuk diberikan kepada golongan yang terkesan.

Ini jelasnya adalah untuk merapatkan jurang di antara golongan bernasib baik dan yang tidak bernasib baik.

“Sekarang gaji sudah naik berkali ganda dari dahulu. Sementara ramai yang hilang pendapatan sama sekali, mereka yang bergaji dalam Kerajaan tidak mengalami apa-apa kekurangan.

“Dalam syarikat swasta pun tidak ada kekurangan gaji.

“Saya sanggup dipotong sebanyak 10 peratus dari pencen saya asalkan ia diguna untuk mengurangkan beban mereka yang sudah hilang pendapatan sama sekali.

“Saya akui kehidupan saya tidak sedikit pun terjejas kerana lockdown dan SOP yang saya terpaksa amalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, langkah tersebut adalah sesuatu yang wajar dengan mengambil kira keadaan semasa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Disaat2 sukar, elok juga dipotong pencen geng2 G25, jumlah pencen mereka sangat tinggi dan mereka juga dikatakan menerima pelbagai kemudahan kelas pertama kerajaan!

Comments are closed.