Sheikh Khalifa bin Salman al Khalifa

DUBAI – Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa bin Salman al Khalifa telah meninggal dunia.

Sheikh Khalifa meninggal dunia pada hari Rabu pagi di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat, kata agensi berita Bahrain yang memetik pengumuman Istana.

Upacara pengebumian akan dilakukan setelah jenazahnya dibawa balik dan upacara pengebumian terhad kepada saudara-mara sahaja.

Susulan kematian Sheikh Khalifa, Bahrain akan berkabung selama seminggu. – MalaysiaGazette